|
shout box!
counter/info
PMR 2004 countdown:
day(s) more
web counter:

your location:
,
internet browser:
me

name
adam roeslani b. roslan
d.o.b.
19 march 1989
location
kangar, perlis
school
smk derma, kangar
irc nick radiant / xter
love mu^lan
contact via
+ email xter@xter.tk
+ sms 012-4879278
+ y! msngr bluesfear7
+ msn msngr r3dline95
news@berita harian
my banner

my links
friends
EvilSpirit
razlanisme.cjb.net
lily1986.cjb.net
funzool.com
alter.typertech.org
hyxs.tk
other
yahoo! launch
scriptsite.cjb.net
4harmoni.tk
3tekun.tk
crackspider.net
singautara.com
* exchange links with me by mail or shout box/sms. |
--------------------------------------------------------------------
lama x sentuh keyboard
hai hai.. arini aku saja2 mai lepak umah member aku, release tension, pastu ajaq dia mirc skit.. mirc scripting.. minggu ni aku ada percubaan pmr, jadi giat la skit.. tatau nak tulih apo.. babai.. pmr lagik 53 hari...
Posted on
06:13 p.m. Wednesday, August 11, 2004
-------------------------------------------------------------------- *formatted*
wah! my pc now has been formatted, using QUANTUM Bigfoot TX4.0AT; 3GB. haha.. just 3GB, i don't know why my western digital hdd has been broke down. i think the 'shrek-shrek' sounds was make the hdd burn. all my works are burned. my folio and my websites files. hah.. don't know lah.. this monday, we started to had our 'gerak gempur'. em.. got to go.. see ya!! i really miss u, sayang..
Posted on
10:43 p.m. Saturday, July 10, 2004
-------------------------------------------------------------------- Name Acronym Generator
harini aku jumpa satu mesin atau generator untuk mendapatkan
makna bagi setiap huruf pada nama korang.. kalau nak try bolehlah.. tp ni pun
sekadar untuk suka-suka, takdak kaitan dan kena mengena antara yang hidup atau
yang mati. minggu depan dah exam; gerak gempur dgn pemantapan. harap²
boleh buat yang terbaik, tanak hampakan harapan ibubapaku.. sulaman seni aku
dah siap, orang pertama dlm kelas aku yang hantar kat cikgu, nanti kalau ada
masa aku scan, ok? i miss u, sayang..
Posted on
07:12 p.m. Wednesday, July 7, 2004
-------------------------------------------------------------------- Pakar nasihat pengguna usah layari Internet Explorer
LONDON: Pakar internet menasihatkan orang ramai supaya menukar pelayar web
Internet Explorer (IE) oleh Microsoft kerana kelemahannya mampu menyebabkan
pencerobohan web selain penipuan kad kredit.
Amaran berkenaan dikeluarkan Pasukan Bertindak Kecemasan Komputer di Amerika
Syarikat (AS) yang dipetik akhbar United Kingdom, Independent.
Sekali gus, ia tamparan hebat terhadap Microsoft yang digunakan di seluruh
dunia dengan 95 peratus pelayar internet menggunakan IE.
Pasukan berkenaan yang turut menasihati kerajaan AS selain menjadi pakar
berhubung kelemahan internet berkata, masalah pada perisian IE itu membolehkan
penjenayah memantau aktiviti penggunanya.
Sehinggakan, maklumat peribadi boleh dicuri selain digunakan untuk menghantar
‘e-mel sampah’ (junk e-mail) dari komputer pengguna tanpa disedarinya.
Berikutan itu, katanya, pengguna internet perlu menukar pelayar web Microsoft
berkenaan dengan yang lain seperti Mozilla yang ditawarkan secara percuma atau
pun produk komersial, Opera.
Dalam amarannya yang menggunakan tajuk teknikal ‘Nota Kelemahan 713878,’ pakar
berkenaan berkata, IE mudah diserang.
“Tetapi, risiko pendedahan itu dapat dikurangkan dengan menggunakan pelayar
web lain,” katanya.
Nasihat itu yang membayangkan kebimbangan di kalangan golongan keselamatan
internet menyusuli siri serangan laman web yang dibuat kerana kelemahan IE.
Sejak seminggu lalu, pakar keselamatan mendapati, penjenayah maya menggunakan
dua kelemahan pada IE bagi mengambil kesempatan terhadap komputer peribadi.
“Jika terus menggunakan IE, ia satu perjudian besar. Kamu hanya mam-pu berdoa
laman web yang dikunjungi selamat,” kata Ketua Pegawai Teknologi Pusat
Keselamatan Internet Sans, Johannes Ulrich di AS.
Bahaya serangan dalam IE termasuk: Iklan ‘pop-up’ secara tidak disedari memuat turun perisian yang
menggunakan komputer peribadi untuk menghantar spam atau memuatkan ‘Trojans’
bagi memantau apa-apa yang ditaip.
E-mel dari ‘phishers’ boleh mencuri maklumat bank menggunakan alamat
internet palsu tetapi kononnya mewakili yang sebenar. Jika membukanya
menggunakan IE, ia hanya akan memaparkan bahagian pertama alamat itu sementara
yang lain disorokkan. Biasanya, pengguna akan terus menggunakannya tetapi
penjenayah pula meraih maklumat yang dikehendaki.
Satu lagi serangan ‘phishers’ menggunakan alamat palsu seperti diatas dan
membuka pop-up dengan gambar ibu kunci pada bahagian atas laman web. Ia
seakan-akan membayangkan laman web itu “selamat” digunakan. IE sebenarnya
tidak berkemampuan untuk menghalang pop-up itu.
Beberapa laman web pornografi menggunakan IE untuk memuat turun perisian
secara tidak disedari bagi mengubah maklumat internet pada komputer itu dan
membolehkannya mendail nombor berkadar premium.
Sejenis iklan pop-up turut memuatkan perisian yang memantau sama ada
pengguna mengunjungi mana-mana daripada 50 laman web perbankan, termasuk
Barclays dan Citibank. Jika ada, ia memantau apa-apa yang ditaip pada papan
kekunci, sebelum menghantar maklumat itu ke sebuah laman web di San Diego.
* Dipetik daripada Berita Harian - 7 Julai 2004
Posted on
07:03 p.m. Wednesday, July 7, 2004
-------------------------------------------------------------------- 'derma idol'
what it is? haha.. derma idol crew's tag.. haha.. don't play-play. i'm a
derma idol crew. the job is interesting! i only must to check the audio signal
in the hall, control the hall and do some checking on audio quality..
tag ni aku dapat kerana menjadi crew kepada pertandingan
'derma idol'. pertandingan ni diadakan pada 1 julai lalu.. pertandingan ni boleh
dikatakan sebagai pertandingan karaoke antara pelajar. derma idol dibahagikan
kepada dua kategori iaitu solo dan band/duet. tugas aku sebagai crew ialah
memeriksa peralatan PA system yang digunakan disamping menjadi pemeriksa bagi
kualiti audio diatas dan dibawah pentas. nak merepek apo lagik hah? chao.. exam
lagi 92 hari..
Posted on
02:56 p.m. Sunday, July 4, 2004
-------------------------------------------------------------------- tiga sahabat..
Pada satu zaman dahulu kala, ada 3 orang sahabat baik.
Mereka selalu berkepit kemana saja. Tapi ketiga tiga mereka mempunyai kegemaran
berlainan. Si A suka main segala jenis perempuan, si B pula suka minum segala
jenis arak dan manakala si C pula suka segala jenis rokok dan benda benda yang
berasap.
Satu hari ketiga tiga sahabat ini berjalan jalan ditengah tengah padang pasir.
Tiba tiba ketiga tiga mereka terjumpa dengan sebuah cerek (macam cerita
Aladdin). Lalu salah seorang mengutip nya lalu menggosok gosok cerek tersebut.
Tak semena mena keluar asap berkepul kepul dari corong cerek tersebut dan asap
tersebut perlahan bertukar menjadi satu makluk yang menggerunkan ia itu seekor
Jin yang ganas.
Lalu jin tersebut ketawa dan berkata "Ha ha ha ha, Aku lah jin aferit. Oleh
kerana kamu telah membebaskan aku dari cerek itu maka aku akan tunaikan apa saja
permintaan setiap satu dari kamu." Tiga sahabat yang pada mulanya panik dan
takut menjadi gembira lalu termenung berfikirkan peluang dan kemahuan masing
masing yang mungkin sekali seumur hidup. Lalu tiap tiap mereka memilih kemahuan
mengikut kegemaran masing masing.
Berkata si A, "Aku mahu seberapa ramai perempuan muda dari berbagai bangsa dari
seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku
selama 10 tahun" . Puffff dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan
si A.
Berkata si B "Aku mahu semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekalan selama
sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku
selama 10 tahun" . Puffff dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan
si B.
Berkata pula si C "Aku mahu semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekalan
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu
aku selama 10 tahun" . Puffff dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan
permintaan si C.
Setelah genap 10 tahun, maka Jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua
masing seperti mana yang di janjikan. Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua
si A, bila terbuka saja maka keluarlah si A dengan keadaan kurus melidi, berdiri
pun tak boleh kerana tak larat nak gerak lutut sebab hari hari main. Tiba tiba
si A pun jatuh ketanah lalu mati.
Selepas itu Jin tersebut pergi ke gua si B, sebaik sahaja pintu dibuka, maka
keluar si B dengan perut yang tersangat buncit kerana hari hari mabuk. Jalan pun
terhuyung hayang. Tiba tiba si B pun jatuh ketanah lalu mati.
Maka Jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba tiba si C keluar dengan
keadaan sihat seperti sedia kala dan terus menampar si Jin sambil memaki hamun
si Jin dengan berkata..............
"BODOH PUNYA JIN, CELAKA PUNYA JIN, BARUA PUNYA JIN. BAGI AKU ROKOK TAK BAGI
API!!" 10 tahun aku tunggu tak buat apa apa..
Posted on
02:51 p.m. Sunday, July 4, 2004
-------------------------------------------------------------------- kejohanan hoki sekolah-sekolah premier zon utara 2004
pada jumaat, 25 julai 2004, pasukan hoki smkd telah
menyertai pertandingan hoki sekolah² premier 3 penjuru zon utara di sungai
petani. pertandingan anjuran smk ibrahim telah disertai oleh 3 sekolah premier
zon utara iaitu smk derma (perlis), smk ibrahim (kedah) dan smk anderson
mewakili perak. wakil² smkd dianggotai oleh 18 pemain, 4 pegawai pasukan dan 3
orang guru pengiring. kami diiringi oleh cikgu nordin(ketua jurulatih) dan cikgu
mansor(pen. jurulatih), manakala cikgu rohimi sebagai pengurus pasukan pergi
dengan kereta sendiri. smk anderson sebagai penyandang juara berjaya
mempertahankan kejuaraan mereka dengan memperolehi tempat pertama, smk ibrahim
tempat ke-2 dan smk derma tempat ke-3.
para pemain dan pegawai pasukan berkumpul diperkarangan
tempat letak kereta smkd pada jam 8 pagi. tepat jam 8.30 pagi, bas mula bertolak.
sebelum kami bertolak, cikgu shahrim sbg guru kanan ko-kurikulum telah memberi
kata² semangat dan berpesan kepada kami agar menjaga disiplin ketika berada di
tempat orang. berbekalkan kata² semangat oleh cikgu shahrim, kami bertekad akan
bermain bersungguh².. perjalanan dalam bas tidaklah membosankan kerana dekbox
telah membawa vcd 'the day after tomorrow'. walaupun begitu, kebanyakkan
daripada kami menghabiskan masa dengan bersambang² kosong dan membuat lawak.
lebih kurang jam 11.30 pagi, kami tiba di lembah bujang.
tujuan utama kami singgah di situ adalah untuk menjamah makanan tengah hari.
sebelum itu, kami dibenarkan bersiar² disekeliling muzium arkeologi lembah
bujang.. banyak tinggalan sejarah dipindahkan ke sini seperti perahu. kami juga
singgah ke pameran janggut yang diadakan berhampiran dengan muzium. kami
menjamah makanan tengah hari di gerai berhampiran. selepas selesai makan, kami
bersiap sedia untuk bertolak ke asrama penginapan. tanpa disangka, buat pertama
kali, bas tidak dapat dihidupkan. menurut pakcik rashid (pemandu bas), ini
adalah kali pertama kejadian ini berlaku semenjak smk derma mendapat bas
daripada kementerian pendidikan malaysia. lebih kurang 10 minit selepas itu, bas
berjaya dihidupkan selepas beberapa pemeriksaan dilakukan ke atas enjin bas.
kami dibawa ke kompleks sukan sungai petani yang menempatkan beberapa kemudahan
sukan seperti padang hokiastro-turf, gelanggang bola tampar, gelanggang bola
keranjang, padang bola sepak dan gelanggang skuasy. saiz dan keluasan padang
hoki amat berbeza dengan padang hoki yang terdapat di kompleks sukan negeri
perlis. walapun ramai pemain yang memberi komen mengenai
padang, namum cikgu nordin dan cikgu mansor tetap mengharapkan agar pemain
menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika bermain. pada pukul 1, kami
bersembahyang jumaat di masjid sultan muzaffar shah sungai petani, berhampiran
dengan kompleks sukan sg. petani.
selesai bersembahyang, kami bertolak ke asrama yang terletak
lebih kurang 1 kilometer dari kompleks sukan. tanpa disangka², dua kejadian yang
tidak diingini telah berlaku. ketika bas melalui kawasan berbumbung, kipas air-cond
bas telah menyedut kain rentang yang dipasang dan menyebabkan kain rentang
tersebut rosak dan terkoyak. setelah melalui kawasan tersebut, sekali lagi kipas
bas tersangkut dengan wayar elektrik dan menyebabkan wayar tersebut kendur dan
menyembah bumi. tanpa berlengah² lagi, kami memunggah semua barangan kami dan
memasuki asrama putera. kami ditempatkan di dorm 3 atau kamar al khattab.
selepas itu, wayar tersebut berjaya dikeluarkan dan wayar tersebut dipasang
semula oleh pekerja TNB yang datang selepas itu.
kami diberi peluang untuk merehatkan diri selepas penat dalam
perjalanan kerana pada ptg itu, jam 5 petang kami akan bertemu dengan pasukan
smk ibrahim. kehidupan di asrama memang menyeronokkan. kami bebas melakukan
sebarang aktiviti di dalam dorm. walaupun cikgu mansor dan cikgu nordin
menggalakkan kami supaya tidur, tetapi ramai memilih untuk berjaga. ada yang
bermain karom dan daun terup. pada jam 4.30, kami bertolak ke stadium untuk
berlawan. perlawanan bermula tepat jam 5.15 petang. pada awal permulaan, pasukan
smkd bermain dengan begitu cemerlang dan berjaya memperolehi gol awal pada minit
ke 35 yang dijaringkan oleh jimi iaitu pemain import dari sm teknik kangar.
berbekalkan 1 gol, pada separuh masa kedua, pemain smkd seolah² hilang tumpuan
dan pemain smk ibrahim berjaya memperoleh gol penyaamaan dan beberapa minit
sebelum wisel penamat ditiupkan, smk ibrahim sekali lagi berjaya memperoleh gol
pendahuluan. keputusan pada akhir perlawanan ialah 2-1. kami tetap bersemangat
untuk menentang smk anderson walaupun kalah pada perlawanan pertama.
jam 7 ptg, kami ke dewan makan untuk makan malam. kami
disediakan nasik briyani bersama ayam masak kicap. malam itu, kami tidak
mempunyai sebarang aktiviti yang ditetapkan untuk dilakukan. kesempatan ini
diambil oleh para pemain smkd untuk melakukan aktiviti sendiri seperti bermain
karom, bermain daun terup dan mendengar walkman/discman. ada juga yang memukul
bola hoki sebagai latihan ringan. pada jam 10 malam, kami ke dewan makan untuk
supper. lebih kurang jam 2 pagi, lampu dipadamkan dan semua pemain tidur dalam
kesejukkan hujan yang lebat.
kesesokkannya, 26 julai 2004, jam 6.50 pagi, kami dikejutkan
oleh cikgu mansor dan bersiap² untuk perlawanan ke-2 menentang smk anderson. jam
8 pagi, kami bertolak ke kompleks sukan sungai petani. kelihatan bas smk
anderson yang tiba lebih awal. kami difahamkan bahawa smk anderson bertolak dari
ipoh pada jam 5 pagi dan sampai pada pukul 7.30 pagi. setelah bersiap sedia,
perlawanan dimulakan.. smk derma langsung tidak dapat mengawal bola dan
keseluruhan perlawanan dikuasai oleh smk anderson. pada separuh masa pertama,
smk anderson mendahului smk derma dengan jaringan 4-0. selepas bermulanya
separuh masa ke-2, smk anderson menambah jaringan gol dan menjadikan 6 gol tidak
berbalas. hujan yang mulanya turun dengan renyai² bertukar menjadi hujan lebat
dan mengakibatkan padang menakung air dan memaksa pengadil memberhentikan
perlawanan. keputusan muktamad, smk derma(0) tewas kepada smk anderson(6).
kami pulang ke asrama dengan perasaan yang muram tetapi ia
tidak membawa sebarang makna lagi kepada kami. ketika dalam perjalanan menuju ke
asrama, kelihatan pelajar² smk ibrahim sedang giat mengecat bangunan sekolah
mereka. timbul di hati kami bahawa kesedaran sekolah mereka untuk menjaga
bangunan lama dan tidak seperti di smk derma. jika di smk derma, hanya tinggal 2
blok lama dan dewan yang dikekalkan, tetapi di sini hampir keseluruhan bangunan
di sekolah ini adalah bangunan lama dan tercatat di situ bahawa bangunan itu dibina pada tahun 1866.
apabila tiba di asrama, kami dikejutkan dengan kes kehilangan.
kami mengenalpasti bahawa 2 helai baju rasmi tk-hockey, 2 utas jam tangan dan
sehelai track suit sekolah telah hilang. kami mengesyaki kehilangan ini adalah
perbuatan pelajar asrama yang masih tinggal atau stay di asrama. kami memulakan
gerakan mencari barangan yang hilang. cikgu mansor mengingatkan kami agar tidak
terburu² dalam membuat keputusan dan menyuruh kami memeriksa sekeliling dorm
kami dengan teliti. setelah kami meronda² kawasan dorm dan asrama kami tetap
tidak menjumpai sebarang tanda² untuk menemui kembali barang yang hilang. pakcik
rashid menyuruh agar kami memeriksa di atas loteng dorm kami. walaupun hanya
tekaan, namun tekaan pakcik rashid memang tepat! kami menjumpai sehelai baju tk-hockey
dan sepasang kasut lotto kepunyaan musshardi(bugis). setelah penemuaan 2
barangan tersebut, memang tidak disangkalkan lagi bahawa ini adalah perbuatan
pelajar sekolah ibrahim. bukti utama yang menunjukkan mereka memasuki dorm kami
ialah mereka telah mengambil karom, yang sebelum ini ada di dorm kami.
warden asrama telah memberi kami kebenaran untuk memeriksa
keseluruhan dorm dan kami memeriksa disekitar dorm, dibawah katil dan didalam
locker. tanpa disangka², aku telah menjumpai track suit smkd yang diperosok
didalam baju busuk di dalam locker. warden smk ibrahim sekali lagi memberi kami
kepercayaan untuk menyelongkar locker pelajar. lain yang dicari, lain yang
ditemui.. antara barangan yang terlarang yang ditemui ialah kotak rokok, mancis,
gambar artis, gambar lucah dan barangan² tajam. dengan penemuan barangan²
tersebut, warden mengarahkan kesemua pelajar berhimpun di dewan makan dan kami
turun untuk makan pagi. selepas itu, keadaan kembali tenang. kami pulang ke
asrama untuk bersiap² dan mengemas beg untuk mengosongkan dorm. jam 12.30, kami
dipanggil untuk makan tengah hari. lauk yang disediakan ialah ayam goreng, sayur
kobis dan ikan ketul. tepat jam 2, kami bersiap² untuk memasukkan barangan kami
ke dalam bas.
selepas itu, kami ditinggalkan untuk aktiviti bebas atau
membeli belah. kami hanya diberi masa lebih kurang 2 jam untuk bershopping dan
kami mesti ke kompleks sukan pada jam 4 petang untuk majlis perasmian penutupan
dan penyampaian hadiah. kebanyakkan daripada kami lebih tertumpu ke pusat
permainan token. tepat jam 4 petang, kami ke kompleks sukan. ketika itu,
perlawanan diantara smk ibrahim dan smk anderson sedang berlangsung. keputusan
muktamad perlawanan tersebut ialah dimenangi oleh smk anderson, 12-0.
pada pukul 5.30petang, acara penyampaian hadiah diadakan.
selepas selesai majlis penutupan, kami bertolak pulang ke sekolah. dalam
perjalanan, kami banyak menghabiskan masa untuk tidur dan bersembang² kosong.
kami tiba ke sekolah pada jam 8.45 malam. kejohanan ini telah mengajar kami
untuk berusaha dan berdikari. semoga smk derma akan mendapat tempat yang lebih
baik yang lebih baik pada tahun hadapan. sebagai johan, smk anderson akan
mewakili zon utara ke kejohanan hoki sekolah² premier peringkat kebangsaan.
* image will posted soon...
Posted on
04:50 p.m. Sunday, June 27, 2004
-------------------------------------------------------------------- derma's band..
pd sambutan hari guru pada 18 mei lalu, derma's band telah
mengadakan persembahan untuk guru-guru dan para pelajar.. derma's band
dianggotai oleh mat jai sebagai vokalis, bobo (gitar), syed (gitar), kersek
(bass) dan munir (drummer). disamping itu adam, dekbox dan hafiz adalah sebagai
stage-man.
para pelajar amat terhibur dengan lagu yang dipersembahkan
oleh kumpulan ini yang mempersembahkan lagu hidup bersama (xpdc) dan bersama
semula (acab). kemulunculan band ini didahului oleh persembahan oleh persatuan
pengawas SMKD. namun, terdapat sedikit masalah teknikal kerana gangguan bunyi
amplifier yang tidak digunakan dan menyebabkan bunyi 'berdengung'.
band ini akan muncul lagi pada hari kecemerlangan dan hari
kokurikulum SMKD yang dijadualkan pada 1 julai ini.
|