» theblog
Love! Love!
Posted on Wednesday, September 28, 2005 at 01:37 p.m.

Giving someone all your love is never an assurance that they'll love you back. Don't expect love in return; just waint for it to grow in thier heart but if it doesn't be content if grew in yours.. :)

No Internet Connection
Posted on Sunday, September 4, 2005 at 03:00 p.m.

Salam, dah lama xbuat blogging and update page nih.. skg ni, kat umah aku xdak line telefon sbb dah kena potong. taktau ar sampai bila nak tunggu untuk disambung balik sbb pak aku buat geram xmo bayaq bil telefon.. bila dah xbayaq, lagi la bes.. telefon xyah guna, internet pon xleh guna.. bes.. bes.. haha.. ntah apa-apa.. kemarin aku join Kayuhan Patriotik Derma 2005; mengayuh basikal mengeliligi perlis daripada pagi ke petang dengan mengibarkan bendera sepanjang perjalanan. haha.. bes jgak la.. tp aku jadi marshal/escort bebudak seramai 60 orang ni.. aha.. nanti bila ada kesempatan atau talian internet, aku akan upload gambar ya.. buat singa utara, tahniah coz kalahkan pahang dalam saingan suku akhir piala malaysia 2005 dengan jaringan 3-1.. tahniah again.. syasya, miss u! :p

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-48!!
Posted on Wednesday, August 24, 2005 at 04:25 p.m.

Yesszza! Dalam beberapa hari lagi, kita dah nak sambut merdeka dan layout bertemakan merdeka aku dah siap.. ar, lama sangat dah dah blogging, bz dengan portal dermarian.com.. erm, domain + hosting dah down.. tinggal forum je lar.. aha.. skg nie ramai guna wordpress (wp) utk buat blogging.. tp aku masih lagi guna pitas.com.. semua kena buat manually aja.. hah.. padan muka aku, sapa suh tanak blajr.. hahah... ok ar, chow. xdk apa dah nk merapu.. :p hepi besday malaysia!! i love u!!

dermarian.com
Posted on Sunday, August 7, 2005 at 02:14 a.m.

www.dermarian.com

Zaiton Sameon - Menadah Impian
Posted on Wednesday, August 3, 2005 at 01:42 p.m.


Barangkali kau tidak mengerti
Perasaan sayangku padamu
Mungkin jua kau ada yang lain
Yang engkau sayangi selain diriku

Hanya aku yang cinta padamu
Dari dulu hingga selamanya
Tapi engkau tak mengerti
Hati ini kuserah padamu

Kusimpan kenangan cinta bersamamu
Kupadam impian biar menjadi debu
Kusangka kau sayang cinta kepadaku
Kusangka kau jujur rupanya bersandiwara
Jiwaku sepi resah kesorangan
Aku menadah impian

Hanya aku yang cinta padamu
Dari dulu hingga selamanya
Tapi engkau tak mengerti
Hati ini kuserah padamu

Hanya aku yang cinta padamu
Dari dulu hingga selamanya
Tapi engkau tak mengerti
Hati ini kuserah padamu

Kusimpan kenangan cinta bersamamu
Kupadam impian biar menjadi debu
Kusangka kau sayang cinta kepadaku
Kusangka kau jujur rupanya bersandiwara
Jiwaku sepi resah kesorangan
Aku menadah impian

Kusimpan kenangan cinta bersamamu
Kupadam impian biar menjadi debu
Kusangka kau sayang cinta kepadaku
Kusangka kau jujur rupanya bersandiwara
Jiwaku sepi resah kesorangan
Aku menadah impian

I Live My Life For You Lyrics - Firehouse
Posted on Wednesday, July 27, 2005 at 11:20 p.m.

You know you're everything to me
And I could never see, the two of us apart
And you know I give myself to you
And no matter what you do, I promise you my heart

(1)
I've built my world around you and I want you to know
I need you, like I've never needed anyone before

(2)
I live my life for you
I want to be by your side in everything that you do
And if there's only one thing you can believe is true
I live my life for you

I dedicated my life to you
You know that I would die for you
But our love would last forever
And I will always be with you
And there is nothing we can't do
As long as we're together

I just can't live without you, and I want you to know
I need you like I've never needed anyone before

(Repeat 2, 1)

Wow, yeah I live my life for you

support our forum!!
Posted on Thursday, July 21, 2005 at 10:35 p.m.

www.dermarian.tk


Posted on Monday, July 11, 2005 at 11:40 p.m.


proud to be perlisian..


Posted on Monday, July 4, 2005 at 09:38 p.m.

Life is complicated. Person u love doesnt mean bring u happiness. Lonely doesnt mean u in suffering... :)


Posted on Wednesday, June 29, 2005 at 01:55 a.m.

Life can b found only in d present moment. D past is gone, d future isnt yet here, n if we dont go back 2 ourselves in d present moment, we cant b in touch wth life


Posted on Sunday, June 19, 2005 at 12:08 a.m.

kdg2 ati kta disakiti dn kdg2 kta myakiti ati org..kdg2 kta perlukn ssorg,kdg2 kta dlupakn oleh ssorg..namun,ati yg tabah lbih baik drpd menyerah..

la la la..
Posted on Tuesday, June 7, 2005 at 01:22 a.m.

takdak cerita apa sangat sebenarnya. gambar kat atas tu nk kata bahawa topik cenel #xter dah nk genap setahun x tukaq.. napa? xdak topik bes pon yg leh letak kat situ. org pn xdak, baik xyah tukaq kan.. :D

hm, today start kejohanan badminton mssm 2005 kat dewan wawasan, kangar perlis. aku bertugas sebagai pengawal keselamatan kat sana. best jugak. isi masa lapang + dapat duit poket. hehe. tadi ada kejadian yang dah memalukan perlis sebagai penganjur.. tp xyah di hingaq2kan sangatlah.. nnt malu lak perlis nak anjur kejohanan besar2 lagi.. :D

Hm.. nih proverb-proverb best yg aku amik dari komik Kawan:

Hati yang mulia itu ibarat matahari, kelihatan paling menarik ketika berada di kaki langit. - Sir P. Sydney
He who loses money loses much; he who loses a friend loses more; but he who loses courage; loses all. - Byron
Worry always give a small thing a big shadow - Sweedish Proverb
Noisy men say things - silent men do things - Seneca
True happiness is found in making others happy. - Vinoba Bhave
Wounds from a friends are better then kisses from a enemy. - Emerson
The fire you kindle for your enemy often burns yourself more then him. - Chinese Proverbs
If you want peace in your own house don't go barging on your nerighbiur's door - Turkish Proverb.
A wise man's tounge is a shield, not a sword - Mahatma Gandhi
Things do not change; we change. - Thoreau
In time of trouble so stop worrying and start working. - Nixon
Sahabatmu suka kepadamu, tetapi tidaklah tiap-tiap hari orang yang suka kepadamu itu sahabatmu. - Hamka
Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. - Peribahasa Melayu
Persahabatan itu pohon yang mesti selalu disirami air. - Peribahasa Yahudi
Ketahuilah dirimu.. - Socrates
Jangan marah kerana tidak dapat mengubah orang lain mengikut kemahuan anda jika anda sendiri tidak pernah berubah. - Thomas A. Kempis
Belajarlah mengikut arahan sebelum mengeluarkan arahan. - Solon
Teras yang baik adalah daripada pokok yang tua. - Abraham Comby
Hilang harta boleh berusaha, hilang budi nama tercerla, hilang akal rosak binasa. - Pendeta Za'ba
Membaca adalah mencanai akal dan mengkilir budi. - Pendeta Za'ba
Kemuliaan itu dicapai dengan akal dan adab, bukan dengan keturunan atau bangsa. - Saidina Ali Abi Talib
Gagal dalam kemuliaan, lebih baik daripada menang dalam kehinaan. - Walter B. Pitkin
Kebaikan adalah satu-satunya pelaburan yang tak pernah gagal. - Henry David Thoreau
Tidak guna memancing ikan di hadapan pukat. - Peribahasa Inggeris
Orang yang sekali menipu saya, malulah dia, orang yang dua kali menipu saya, malulah saya. - Peribahasa Scotland
Lebih baik malu di muka daripada malu di hati. - Peribahsa Portugis
Orang pandai kela orang bodoh kerana ia pernah bodoh, tetapi orang yang bodoh tak kenal orang pandai kerana dia tidak pernah pandai. - Mark Twain
Sepohon pokok rendang lebih baik daripada seorang sahabat yang jahil. - Hamka
Kalau tua berilah nasihat, kalau muda terimalah nasihat. - Peribahasa cina
Jangan membenci orang lain, ia sama seperti membakar rumah sendiri untuk mengusir tikus. - Harry Emerson Fosdick
Manusia dapat menghitung umurnya yang sudah terpakai, tetapi beberapa yang tinggal tetap menjadi rahsia. - Hamka
Usia tua datang tanpa di panggil - Peribahasa Aceh
Kita harus mencari ilmu dan bukan ilmu yang mencari kita. - Imam Syafie
Pintu kehidupan itu sudah pasti memerlukan anak kunci ilmu pengetahuan. - Imam Syafie
Kelebihan orang berilmu di atas orang jahil seperti kelebihan orang hidup ke atas orang mati. - Aristotle

GPRS & EDGE – sedia Internet mudah alih
Posted on Thursday, June 2, 2005 at 01:45 a.m.

GPRS (General Packet Radio Service) ialah teknologi yang menyokong transmisi data berkepantasan tinggi dan efisyen menerusi kemudahan telefon mudah alih. Pada masa sama anda boleh menreima dan membuat panggilan secara berterusan di samping menghantar SMS. Ia menggunakan pendekatan baru untuk transmisi data dalam rangkaian GSM yang berasaskan kepada pensuisan paket. Khidmatnya mampu untuk menyediakan sambungan Internet tanpa wayar dan akses sambungan Internet tanpa wayar dan akses WAP bila-bila masa dalam kawasan liputannya.

GPRS – nilai tambah GSM
    GPRS membolehkan sepenuhnya fungsi Internet mudah alih dengan menjalin kerjasama di antara Internet sedia ada dan rangkaian baru GPRS. Kini khidmat Internet melalui talian tetap seperti protokol pemindahan fail (FTP), pelayaran web, chatting, dan memeriksa e-mel sudah tersedia melalui rangkaian mudah alih. Ia menggunakan protokol sama, malah rangkaian GPRS boleh dianggap sebagai sub-rangkaian Internet. Telefon mudah alih berasaskan GPRS boleh menjadi hos mudah-alih kerana potensinya untuk dilengkapi alamat IPnya (Internet Protocol) sendiri. Fungsi aplikasi baru yang sebelum ini dibayangi kelemahan GSM seperti kepantasan Circuit Switched Data (9.6kbps) dan panjang mesej SMS yang terhad kepada 160 askara telah diatasi. GPRS akan mengupayakan sepenuhnya aplikasi Internet yang digunakan pada PC, daripada melayari web hingga berbual melalui rangkaian mudah alih. Aplikasi baru GPRS yang lain termasuklah pemindahan fail dan automasi rumah. Ini selalunya dikaitkan dengan keupayaan mengakses dan mengawal peralatan dan mesin di dalam rumah dari jarak jauh.
    GPRS mampu menghantar sejumlah besar data pada kelajuan tiga hingga empat kali lebih laju berbanding sistem GSM kenvesional. Secara teori, kelajuan maksimum sehingga 171.2 kilobits per saat boleh dicapai dengan menggunakan lapan timeslot serentak. Dengan membenarkan maklumat diangkut dengan pantas, secara serta merta dan lebih efisyen merentasi rangkaian mudah alih, GPRS mungkin boleh menjadi khidmat data mudah alih yang secara relatifnya berkos rendah berbanding SMS dan Circuit Switched Data.
    Selain itu, GPRS juga menyediakan sambungan segera supaya maklumat boleh dihantar atau diterima sera merta apabila diperlukan – tertakluk kepada kawasan liputan. Ia tidak memerlukan sambungan modem pendail. Aspek kesegeraan yang tingggi adalah salah satu kelebihan GPRS berbanding sistem Circuit Switched Data. Malah aspek ini dianggap paling penting untuk aplikasi misi kritikal seperti pengesahan kad kredit secara jarak jauh. Ini mengelak pengguna menunggu lama untuk mengetahui status pengesahan kad kredit mereka.

EDGE – Evolusi menuju 3G
    Teknologi EDGE (Enchanced Data rates for Global Evolution) pula menambah baik keupayaan menghantar suara dan khidmat data. Teknologinya dikatakan mampu untuk memindahkan data kira-kira tiga kali ganda berbanding rangkaian GPRS semasa, menyediakan akses yang lebih pantas untuk kemudahan WAP, MMS, aliran audio dan video, aplikasi pejabat mudah alih, dan permainan interaktif. Ia merupakan teknologi yang memberikan GSM keupayaan menangani perkhidmatan untuk generasi ketiga (3G) bagi telefon mudah alih.
    Seperti GPRS, EDGE direka supaya boleh digandingankan dengan GSM sedia ada. EDGE turut mengekalkan struktur timeslot sama seperti GPRS dan GSM, dan masih menggunakan sistem Time-Division Multiple Access (TDMA). EDGE ini beroperasi pada lapisan fizikal (modulasi radio dan menyampaikan pembetulan ralat) dan lapisan pautan (kawalan akses dan transmisi semula). Protokol lapisan lebih tinggi tidak terjejas. Hasilnya, sebarang aplikasi yang dimajukan untuk GPRS akan berfungsi secara serta merta dengan EDGE.
    Meskipun EDGE beroperasi seperti GPRS, tetapi ia jauh lebih pantas dan memiliki tahap kebolehpercayaan yang amat tinggi. Melalui EDGE, operator rangkaian boleh menambah kelebihan baru dalam rangkaian GSM/GPRS yang sedia ada dengan menggunakan perkakasan baru yang minimum – terutamanya jika ia melibatkan sebuah rangkaian terbaru yang direka untuk memyokong EDGE. Dengan kadar data yang lebih tinggi, aplikasi WAP semasa dan khidmat Internet akan menjadi lebih pantas mengikut keupayaan EDGE.
    Jika dibandingkan dengan teknologi generasi ketiga (3G) pula, kelebihan utama yang dimiliki EDGE ialah kesediaannya untuk digunakan pada masa sekarang dan rantau liputannya dikatakan lebih besar berbanding teknologi 3G akan datang. Dengan lain perkataan, teknologi 3G pasti mempunyai kelebih dari segi kadar data yang lebih tinggi berbanding EDGE. Kini, EDGE tersedia untuk semua pelanggan pra-bayar dan pasca bayar. Bagi menggunakan khidmatnya, anda perlu menggunakan telefon bimbit yang berkeupayaan EDGE.
 

aha..
Posted on Saturday, May 28, 2005 at 01:06 a.m.


sekolah menengah kebangsaan derma,
kangar perlis..

Bengkel Pengurusan Kelab dan Persatuan Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2005
Posted on Friday, April 29, 2005 at 10:38 p.m.

    Pada 25, 26, 27 dan 28 April yang lepas, kami sekali lagi dipilih untuk menyertai Bengkel Pengurusan Kelab dan Persatuan Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2005 yang diadakan di De Rhu Beach Resort, Balok, Kuantan, Pahang. Bengkel ini disertai oleh 406 orang pelajar dari seluruh Malaysia. Kontigen Negeri Perlis bertolak dari Asrama Sukan JPNPS pada malam 24 April dan tiba di De Rhu Beach Resort pada jam 2.00 petang keesokkan harinya. Perjalanan ke sana adalah lancar walaupun bas yang kami naiki terpaksa menukarkan tayar belakangnya ketika berada di Batu Caves kira-kira jam 6.30 pagi. Kami meneruskan perjalanan selepas itu dan selamat tiba di De Rhu Beach Resort pada jam 2.00 petang. Setibanya kami di sana, kami disambut oleh pekerja yang bertugas dan melaporkan diri di meja urus setia. Apa yang berlegar-legar di benak fikiran kami sebelum tiba di hotel tersebut ialah tempat penginapan. Kami sering kali membayangkan tempat di mana kami akan menghabiskan masa untuk tidur, mandi dan sebagainya adalah di sebuah calet. Akhirnya, tekaan kami meleset. Kami ditempatkan di hotel bertafar 4 bintang di mana setiap bilik hanya dibenarkan untuk 4 orang peserta sahaja.
    Aktiviti pertama kami bermula pada jam 8.30 malam, iaitu sesi taklimat. Kami diarahkan ke MP Teather yang terletak berhampiran pantai. Kami banyak diterangkan tentang tujuan dan matlamat kami di sini. Sungguhpun kami telah menimba ilmu yang sama ketika menyertai kursus kepimpinan peringkat negeri, tetapi banyak lagi input yang akan kami peroleh. Selain itu, kami turut megambil peluang ini untuk saling mengenali rakan-rakan baru kami yang datang dari 15 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Pada jam 9.30 malam, kami dibawa ke padang berhampiran MP Teather untuk sesi ‘Ice Breaking’. Kami diarahkan untuk bersalaman semua peserta bengkel dan kami dibahagikan kepada 29 buah kumpulan. Pihak urus setia telah menetapkan hanya seorang peserta dari setiap negeri dalam sesebuah kumpulan. Percaturan pihak urus setia telah membuatkan kami dapat bergaul dengan peserta dari negeri-negeri lain dengan mesra. Tepat jam 12.00 tengah malam, kami dibenarkan pulang ke bilik masing-masing.
Pada hari kedua, kami bangun seawal jam 6.30 pagi untuk aktiviti senamrobik. Selepas sarapan pada jam 8.30 pagi, kami diarahkan ke dewan-dewan yang ditetapkan iaitu Dewan Rahman Taib dan Dewan Nakhoda untuk sesi ceramah yang bertajuk ‘Pengurusan Kelab dan Persatuan’ dan ‘Motivasi Kempipinan’. Ceramah ini telah banyak menambah pengetahuan yang tidak pernah kami ketahui. Selain itu, kami juga diajar tentang cara-cara menulis surat dan minit-minit mesyuarat. Selepas makan tengah hari pada jam 12.30 tengah hari, kami menghadiri ‘Bengkel Simulasi Mesyuarat’ di mana kami bekerja dalam sebuah kumpulan untuk menyiapkan surat jemputan mesuarat agung kelab dan minit mesyuarat, kertas cadangan projek dan laporan projek. Kemudian, kami membentangkan hasil kerja kami. Pada jam 5.00 petang iaitu selepas minum petang, kami bersedia untuk aktiviti riadah. Aktiviti ini diadakan di pantai di belakang hotel tersebut. Peserta tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bermaon-maon air laut yang jernih itu. Pihak urus setia telah menyediakan pelbagai acara yang menarik seperti mengelecek bola ragbi, ambulans kampung, dan membina istana pasir. Kontigen Perlis telah bergabung dengan kontigen Kelantan dalam aktiviti ini dan kami dapat bergaul mesra walaupun terdapat masalah perhubungan. Pada sebelah malamnya, kami sekali lagi menghadiri sesi ceramah yang bertajuk ‘Kemahiran Komunikasi’ yang mengajar kami teknik dan cara komunikasi yang betul agar setiap arahan yang diterima dapat difahami. Kami juga diajar tentang cara membuat pengumuman yang betul dan tepat. Selesai sesi ceramah, kami dibenarkan pulang ke bilik masing-masing.
    Seperti hari biasa, kami memulakan hari kami dengan aktiviti senamrobik dan menghadiri ujian bertulis. Ujian tersebut banyak berkisar tentang soalan yang berkaitan dengan apa yang kami pelajari pada sesi ceramah. Selepas selesai sesi tersebut, kami dibawa mengelilingi bandar di-Raja Pekan dan sekitar kawasan Kuantan. Sebanyak 12 buah bas kami membawa semua peserta diiringi oleh 2 buah kereta peronda polis dan 6 buah motosikal trafik polis. Konvoi yang melibatkan 12 buah bas ini merupakan pengalaman berharga bagi kami kerana belum pernah kami diiringi oleh pasukan polis trafik. Destinasi pertama kami ialah ke Muzium Sultan Abu Bakar Pahang. Kemudiannya, kami ke Galeri Pengangkutan Air yang terletak berhadapan dengan muzium tersebut. Selesai makan tengah hari di galeri tersebut, kami bertolak ke Pulau Keladi di mana terletaknya Pusat Tenun Pahang dan Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak. Kira-kira 2 jam kami di situ, kami akhirnya ke Teluk Chempedak dan Taman Gelora. Para peserta banyak menghabiskan masa dengan bersiar-siar di sekitar kawasan pantai dan membeli buah tangan di kedai berhampiran. Tepat jam 5.00 petang, kami dibawa pulang ke hotel untuk aktiviti seterusnya. Pada sebelah malamnya, pihak penganjur mengadakan kuiz spontan lawatan untuk para peserta. Sebanyak 40 hadiah disediakan kepada para pemenang. Kesemua soalah adalah berkisar tentang aktiviti lawatan yang diadakan pada sebelah petangnya. Kemudian, semua kontigen membentangkan laporan tentang lawatan yang disediakan.
    Pada hari terakhir, aktiviti senamrobik memulakan hari kami. Selepas sarapan pagi, kami diarahkan untuk melengkapkan borang penilaian yang disediakan. Selepas itu, para peserta diberi peluang untuk membuat penghargaan dan ucapan. Kami juga dikejutkan dengan surat layang yang ditampal sekitar hotel yang menyatakan masakan adalah tidak sedap. Pada jam 10.30 pagi, kami sekali lagi ke MP Teather untuk majlis penutup. Majlis tersebut diserikan dengan acara kebudayaan seperti tarian dan nyanyian oleh para pelajar dari sekolah berhampiran. Selesai makan tengah hari pada jam 12.00 tengah hari, kami bersiap-siap untuk pulang. Kami bergerak meninggalkan De Rhu Beach Resort pada jam 2.00 petang dan selamat tiba ke Asrama Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis pada jam 6.00 pagi 29 April 2005 walaupun kami terpaksa bertukar bas kerana bas yang kami naiki mengalami masalah kepanasan enjin.

title goes here..
Posted on Friday, April 29, 2005 at 02:08 p.m.

things do not always turn out 2 b wat u xpect them 2 b

Kursus Kepimpinan Kelab/Persatuan Peringkat Negeri Perlis 2005
Posted on Tuesday, April 19, 2005 at 09:49 p.m.

    Pada 4,5,6, dan 7 April yang lepas, kami telah dipilih menyertai Kursus Kepimpinan Kelab/Persatuan Peringkat Negeri Perlis yang diadakan di Calet Seri Tasik, Pengkalan Hulu, Perak. Kurus ini disertai 19 buah sekolah menengah seluruh negeri Perlis. Pada hari Isnin, 4 April 2005, kami semua berkumpul di Asrama Sukan JPNPs untuk sesi pendaftaran dan penyerahan t-shirt. Kira-kira jam 9.00 pagi, kami bertolak dan setelah 4 jam perjalanan yang memenatkan, kami akhirnya tiba di Calet Seri Tasik. Kami kemudiannya diberikan sebuah calet yang dikongsi bersama-sama 7 orang rakan yang lain. Setelah menyiapkan diri, kami diarahkan ke dewan makan untuk minum petang dan diberi elaun sebanyak RM20 setiap peserta. Selepas itu, kami dibenarkan bersiar-siar di sekitar tasik dalam kumpulan yang ditetapkan. Tasik itu hanya terletak di belakang calet yang kami diami. Pada jam 7.00 petang, kami bersedia untuk makan malam dan pada jam 8.00 malam, aktiviti pertama kami bermula iaitu taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang kursus dan aktiviti suai kenal atau ‘ice breaking’. Selepas ‘supper’, kami dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut ‘Personaliti Warna’. Terdapat empat kumpulan iaitu Extrovert Teen yang mewakili warna emas tulen, Bersama Jejaki mewakili warna biru dan jingga, Extreme Journey bagi warna emas dan jingga dan Helious Eternal bagi warna hijau dan emas. Bagi menggalakan sikap bekerjasama dalam kumpulan, pihak penganjur telah melekatkan pelekat yang dikenali sebagai ‘mata ikan’. Setiap ‘mata ikan’ mempunyai setiap nilai tertentu. Dengan mengumpul ‘mata ikan-mata ikan’ tersebut, kami akan menambah mata bagi kumpulan kami. Tepat jam 12.00 tengah malam, kami dibenarkan pulang ke calet masing-masing.
    Pada hari kedua, semua peserta dibawa berjogging sambil menghirup udara segar di sekitar tasik dan dipimpin oleh Cikgu Ida. Jam 8.00 pagi, kami bersarapan dan kemudiannya mendengar penerangan tentang kelab dan persatuan oleh En Mohd Noor selaku Ketua Unit Kokurikulum JPNPs. Kami dibekalkan disket setiap seorang yang mengandungi maklumat tentang ‘Pengurusan Kelab dan Persatuan di Sekolah Menengah’. Baru kami faham bahawa untuk menubuhkan sesebuah kelab, guru penasihat mestilah mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan. Selepas selesai makan pagi pada jam 10.00 pagi, kami ditugaskan untuk bekerja dalam kumpulan dengan membincangkan logo kumpulan serta mempersembahkannya. Pada pukul 3.00 petang, kami diberi ceramah tentang ‘Rukun Perasa dan Sifat-sifat Seorang Pembimbing’ oleh Cikgu Hashim. Antara perkara yang disampaikan ialah bagaimana untuk menjadi pemimpin dan pembimbing yang disenangi. Pada sebelah petang, kami menjalankan aktiviti alam sekitar yang melibatkan sesemua 38 orang pelajar. Kami dikehendaki mencipta satu simbol agar semua peserta kursus dapat mengenali kami dengan simbol yang kami cipta itu. Pada jam 8.00 malam, Cikgu Hashim meneruskan ceramahnya yang bertajuk ‘Penghargaan Kendiri’. Antara kandungan ceramah tersebut ialah bagaimana perasaan kita apabila diberi penghargaan dan dan sebaliknya. Sebelum mengakhiri hari kedua, kami diberikan lagi ceramah beertajuk ‘Cara Memberkati Ilmu dan ‘Bagaimana Manusia Hendak Dilayan’. Selepas 45 minit mendengar ceramah beliau, kami dibenarkan pulang ke calet tepat jam 12.00 tengah malam untuk tidur.
    Seperti hari kedua, kami memulakan hari ketiga dengan aktiviti bersenam dan berjogging di sekitar tasik. Selepas selesai sarapan pagi, kami bersiap-siap untuk aktiviti menjelajah gua. Kami berasa sungguh gembira kerana inilah pengalaman pertama kami menjelajah gua, hutan dan sungai. Selepas mendengar taklimat ringkas, kami bertolak ke Gua Gendang yang terletak kira-kira 20 minit perjalan dari calet. Sebelum tiba di pintu Gua Gendang, kami terpaksa menyusur kebun getah dan hutan dara. Sepanjang perjalanan, kami diberi penerangan tentang tumbuhan dan hidupan di dalam hutan tersebut. Lebih kurang jam 9.00 pagi, kami tiba di mulut gua tersebut. Kami terpaksa menuruni tangga buatan sebelum kaki kami mencecah ke dasar gua. Keadaan gua yang gelap dan sempit itu diterangi cahaya lampu suluh dan lilin yang dibawa oleh para peserta. Dalam situasi ini, peranan seorang ketua dalam memimpin ahli kumpulannya adalah penting. Kira-kira jam 10.00 pagi, kami keluar dari gua tersebut. Kami dibenarkan berehat-rehat di satu kawasan air terjun sambil menikmati udara segar dan bekalan makanan yang dibekalkan. Kami juga ditugaskan untuk mencari bahan-bahan buangan semula jadi seperti kayu, buluh, batu, pasir dan lain-lain untuk membina model berasaskan bahan semula jadi. Selepas pulang ke calet, kami dibenarkan berehat dan diarahkan untuk menyempurnakan tugasan membina model berasaskan alam sekitar tersebut. Pada jam 8.00 malam, kami bersedia untuk mempersembahkan hasil rekaan setiap kumpulan. Bermula dengan penerangan ringkas daripada setiap ketua kumpulan. Sebelum itu, Cikgu Hashim telah memberi peluang kepada peserta untuk memberi penghargaan peribadi kepada sesiapa sahaja. Selain itu, Cikgu Hashim juga memberikan penghargaan kepada kumpulan yang merahsiakan identiti mereka yang telah mengemas dewan yang tidak teratur dan kotor kepada lebih teratur dan kemas. Dalam fasa satu, setiap ketua kumpulan lain diberi kebebasan untuk memberi markah kepada setiap model binaan. Kemudian, keempat-empat ketua kumpulan pula bersepakat untuk memberi markah dan Cikgu Ida juga diberi penghormatan untuk memberi markah kepada setiap kumpulan sebagai juri awam. Dalam fasa dua pula, Cikgu Hashim sendiri memberi markah dengan menggunakan kekerasan dan kezaliman iaitu menghina dan merendahkan setiap hasil rekaan. Tujuan beliau berbuat demikian ialah untuk menyedarkan kami agar sentiasa menghargai hasil usaha orang lain walaupun sumbangannya kecil. Setiap peserta telah sedar akan kepentingan memberi penghargaan kerana kami sendiri telah melalui pengalaman yang menyakitkan hati ini. Selepas selesai ‘supper’, kami saling menukar alamat dan nombor telefon. Tepat jam 12.00 tengah malam, kami pun dibenarkan pulang untuk tidur.
    Hari terakhir kursus juga dimulakan dengan aktiviti senaman pagi dan jogging. Pada pukul 9.00 pagi, acara penyampaian hadiah dan sijil penyertaan dijalankan. Setiap kumpulan diberikan hadiah yang sama walaupun mendapat markah tertinggi. Pengumpulan ‘mata ikan’ hanyalah sebagai kayu ukur untuk melihat sejauh mana kumpulan itu bekerjasama dan bertanggungjawab. Selesai makan tengah hari, kami bersedia untuk bertolak pulang. Kira-kira jam 5.00 petang, kami tiba di perkarangan Asrama Sukan JPNPs. Daripada kursus tersebut, kami mengetahui kepentingan ‘team work’ dan peranan ketua kumpulan dalam menggerakkan sesuatu organisasi. Kami amat beruntung kerana didedahkan dengan perkara yang sebelum ini hanya dianggap perkara remeh seperti cara memberi penghargaan dan bekerja dalam kumpulan.

la la la
Posted on Sunday, April 17, 2005 at 10:40 p.m.

haha.. long time not see. now, no more mp3 hosted by my freind; james. haha. u know y? i also dunno y! haha. nvm, ill find the new hosting 4 u all. i'm planning to buy the hosting for the #batch89. but the money is the big big big problem.. we'll wait n see. :p

i did it my way
Posted on Monday, March 28, 2005 at 09:31 p.m.

em. today my feeling too bad. i dunno y. it's start when.... nutin lah.. then i get the spirit from someone..:
 
" :-) Take it easy.. Just anggap yg depa tu xpaham apa yang adam wat. So, depa tatau apa yang adam rasa. "

hm. ill try it. pada sebelah petangnya, latihan hoki diadakan dengan meriahnya. meriah? 4 orang aja turun padang.. yang lain ntah ke mana.. xpa.. nnt ramai la tu.. ramai ka? kalau lepas-lepas ni pn yang turun tu 4 orang jugak, gena? thx to shakaff, beantik and gegaq coz turun ptg tadi.. best training ngan depa.. last2 dkt kui 6.30 gitu baru matjai ngan pok sheh turun.. mr karam (x-derma) jgak turun main kejap. dia ajaq ilmu2 berguna kpd kami 4 coz dia tu dah lama main hoki ngan sekolah. lpasni kami akan menghadapi kejohanan hoki mssps. pastu ada lak pertandigan hoki sekolah-sekolah premier zon utara. biasa lah, macam thn2 sebelum nih. tahun ni perlis jadi tuan rumah. xbest la. xleh naik bas pi jalan2.. :P apa tujuan blog ni ditulis? utk meluahkan perasaan ketidakpuasan ka? atau saja-saja nk isi masa lapang? emm. mungkin tu la tujuan blogging service dibuat; untuk melepaskan geram time online.. xrugi la blogging service dibuat kan.. kita sama-sama leh lepas geram dalam ni. biaq semua orang tau perangai sesetengah orang tu. aku xkata pn yang aku ni btui n perfect 100%, tp knapa aku diperlakukan begini? 4 ur information, aku ni seorang pelajar smk derma; tingkatan 4 dinamik; kelas it atau teknologi maklumat; bernaung bawah persatuan teknologi maklumat dan komputer smk derma; tapi dijemput menjadi 'ahli' kelab media smk derma coz aku dah cekap dgn pa/sound system; tapi ada jugak org jeles; aku slalu diungkit/ejek dgn perkataan-perkataan seperti 'microphone', 'pa system', 'wayar', 'speaker', 'crew' dan yang berkaitan dengannya oleh sesetengah umat manusia; apa salah aku?; aku just tolong buat untuk sekolah; berbakti untuk sekolah; jadi apa salahnya? apa salah? salah? haa? salah ka kalau tolong menjayakan sesebuah majlis? yang sesetengah umat tu plak, dok mengungkit macam2; kita dah tolong dia buat wiring utk sesuatu majlis; pastu dia ungkit. aku cemuih orang yang mengungkit!!!! golongan tu mmg mcmtu. bila diperlukan, macam2 dia janji. tp bila kita wat salah sikit, mula la mengungkit!!!!!!!!!!! ungkit! ungkit! ungkit!

P/S - sapa makan laksa, dia rasa sedap. sapa makan lada, dia terasa pedasnya. mari kita sama-sama mendengarkan lagu I Did It My Way dengangan Frank Sinatra.

Yes, there were times, I’m sure you knew
When I bit off more than I could chew.
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.
I faced it all and I stood tall;
And did it my way.

hm.. dat's all
Posted on Saturday, March 26, 2005 at 11:36 p.m.

2day is saturday. today is the last day of this week. after having the holiday for a week, i went to school as usually. there many job that i did dis week. in monday, me and yasir were completing our 1st job to control the sound system of 'kempen galakan membaca smk derma 2005' and on the tuesday, both of us handle up the sound system of 'pertandingan bahas ala parlimen peringkat separuh akhir' between smk derma and smk agama perempuan perlis and smk syed hassan and smk putra. the 'studio' at the dewan also got the big changing dat the dvd player used to play the amin-amin, negaraku and maju derma songs. before dis, our school still using the cassate to play them. (bersama memartabatkan bahasa kebangsaan) :: dlm minggu ni gak aku mendapat tawaran untuk ke 'kursus kepimpinan' di pengkalan hulu, perak bersama-sama 'de' dan rakan-rakan dari sekolah lain. inilah kali pertama aku mendapat peluang untuk mewakili sekolah dan negeri. bangga gila. haha. minggu ni gak aku dpt banyak result-result exam. yang lain ok aja, tapi subjek fizik mmg xdapat dinyatakan jumlahnya. terlalu sedikt. heh.. apa-apa aja la.. asalkan ada usaha, insya-allah exam skali lagi aku akan pulun untuk subjek fizik nieh. ok :-) adakah masuk kelas lewat pn kena buat surat rasmi? pikir-pikirkan.. adakah tindakan ini patut.. macam-macam btul kerenah guru zaman sekarang. kalau nk denda, denda terus lah. takkan takut kot.. takut masuk paper sbb denda murid-murid melampaui batas ka? Kepada peminat V.E. dan lagu Pop Ye! Ye!, anda semua boleh mendapatkan lagu tersebut di sini.. bagaimana? klik kat bawah tu.. meh kita sama-sama menghayati lirik lagu nih..


V.E - Pop Ye! Ye! (feat. Joe Flizzow dan Daly Ahli Fiqir)

(Korus)
Oh ooh..Pop!
Oh ooh..Pop!
Oh ooh..Pop!
Ye ye!!
Gerakkan badan
Kiri ke kanan
Ikut irama
Pop Ye Ye!!!

Oooh.. gadis jelita
Siapa empunya
Ingin aku bertanya
Siapa namanya

Ooo Marilah kita berdua (Ikut irama)
Hati kan gumbira

(Korus)

Ooo Marilah kita berdua (ikut irama)

(Joe Flizzow)
Flizzow penglipurlara
Gemaran anak dara
Bawah bulan purnama
Kita bercengkarama
Lupakan segala drama
Kau dan aku menjadi satu

Cinta pandangan pertama
Tingkah laku masih lagi kaku
Yang udah ku tahu
Yang saudari malu
Tak mudah untukmu
Mendekati daku
Kok cinta begitu
Sinikan hanya gue dan lu
Bisikan dalam telingamu
Enggak ada yang perlu campur

(Daly)
Oh aduhai gadis jelita
Ayuh kita ke lantai dansa
Hayati irama
Pop Ye! Ye!
Tangan dialun punggung digoyang
Kaki mengikut rentak irama nostalgia
Pop Ye! Ye!
Senyuman sinismu
Daya menambat hatiku
Membuatkan jantungku
Berdegap-degup
Janganlah ragu dan malu

V.E Joe Flizzow dan Ahlifiqir
Di dalam irama Pop Ye! Ye! Ye!

Indah paras rupanya
Mirip wajah masmona
Hatiku pun telah tergoda
kepada si dia
Oo Marilah kita berdua (ikut irama)
Kerna hatikan gumbira

(Korus)

Download V.E - Pop Ye! Ye! (feat. Joe Flizzow dan Daly Ahli Fiqir) (Klik Save Target As...) 5.8MB

new song added!~
Posted on Friday, March 18, 2005 at 03:06 p.m.

Spider - Jangan Kau Berputus Asa (3:54)

Gerbangmu terbuka mencabarku
Melangkah menurut rasa rindu
Biarpun nanti antara kita ada yang mungkin terkorban
Biarpun nanti antara kita terhukum kerana melanggar kebiasaan

Cinta tak pandang tak kira siapa iakan mencubanya
Selagi mana pencinta terdaya menahannya diakan dicuba
Sebelum gugur tercalar jiwa parah
Jangan kau gugurkan airmata
Sebelum putus tali tuhan yang Esa
Jangan kau berputus asa
Nadamu menangis menggugatku
Dekati dirimu yang ku rindu

Biarpun nanti antara kita ada yang mungkin menyesal
Biarpun nanti antara kita terpaksa membayar
Harga yang tak setimpal

Cinta tak pandang tak kira siapa iakan mencubanya
Selagi mana pencinta terdaya menahannya diakan dicuba
Sebelum gugur tercalar jiwa parah
Jangan kau gugurkan airmata
Sebelum putus tali tuhan yang Esa
Jangan kau berputus asa

Download Spider - Jangan Kau Berputus Asa (Klik Save Target As...) 5.37MB

1st blog for my new layout!
Posted on Thursday, March 17, 2005 at 05:20 p.m.

ok, this is my 1st blog for this new layout.. with white and gray colour combination, i hope this design can make my visitor happy surfing this site.. i'll think more cool stuff for my visitor.. that's all for now.. c u later!!~

» thebiodata
Name: Adam Roeslani Roslan
Location: Kangar, Perlis, Malaysia
Race/Religion: Malay/Islam
D.O.B.: 19 Mar 1989
E-mail: xtertech@gmail.com
Contact No.: 012-4879278
Y! Msgngr: bluesfear7
› MSN Msgngr: xtertech@hotmail.com
› Friendster: bluesfear7@yahoo.com
» theshoutbox



online | 9999 hits since 17/03/05

» thedownload

› IQBot
Bot mIRC yang boleh menjalankan kuiz dalam channel yang anda set. Mempunyai pelbagai ciri-ciri kuiz yang menarik seperti pembahagian kumpulan, arahan yang mudah dan sistem pertahanan untuk bot dan channel anda.
Download - 816KB

› :aztech; extended
Skrip mIRC yang berupaya untuk memberi perlindungan kepada channel dan diri anda. Mempunyai pelbagai add-on menarik seperti Mp3 Player, Text Style dan pelbagai lagi.
Download - 336KB

» thequotes
» thelyrics

I Live My Life For You - Firehouse

You know you're everything to me
And I could never see, the two of us apart
And you know I give myself to you
And no matter what you do, I promise you my heart

I've built my world around you and I want you to know
I need you, like I've never needed anyone before

I live my life for you
I want to be by your side in everything that you do
And if there's only one thing you can believe is true
I live my life for you

I dedicated my life to you
You know that I would die for you
But our love would last forever
And I will always be with you
And there is nothing we can't do
As long as we're together

I just can't live without you, and I want you to know
I need you like I've never needed anyone before

I live my life for you
I want to be by your side in everything that you do
And if there's only one thing you can believe is true
I live my life for you

I've built my world around you and I want you to know
I need you, like I've never needed anyone before

I live my life for you
I want to be by your side in everything that you do
And if there's only one thing you can believe is true
I live my life for you

Wow, yeah I live my life for you...

* Dedicated to Ms. Syasya :-p

» thelinkie
› My Button



› Button's Links

friends/blogger

silenteve.net mangkoq
azmie.net syazwan.frens.net
wizurai.com novatech
cintaabadiyangterluka |paidi|
::: aNgAh_kOmPuTeR WEB ::: khaizam's
aiZa89

portal/favourite/others
 
Sifoo.Com PHP-Nuke Malaysia
jiwang.org mirc malaysia.com
bushak.com  

› Text's Links

friends

www.puppet.azn.nu
www.phyr3xi4n.net/xter
www.phyr3xi4n.net
www.razlanisme.cjb.net
www.lily1986.cjb.net
www.sief3r.com
www.sief3r.com/cake
www.hyxs.tk

other
#
dermarian
#
smk derma
# dermatech cya official site
# dermatech cya forum
Brilliant Button Maker
TM Bluehyppo 'Syoknya Bola'
www.scriptsite.cjb.net
www.mircscripts.org
www.hawkee.com
www.jakionline.net
www.myrakan.com
www.friendster.com
www.myshoutbox.com
www.pitas.com
www.cgi.scripthost.com
www.fastonlineusers.com
www.myshoutbox.com
www.hotmail.com

Copyright © 2002-2005 www.xter.tk, All right reserved. Best viewed with 1024x768 pixel screen. Made in Malaysia by Malaysian.