|
My Last Post..
Posted on Wednesday, November 30, 2005 at 05:05 p.m.
my last post? ahaks.. sok dah masuk bulan disember dan bersedia untuk diarchieve kan.. ah, boring siyot.. gerak dlu.. tata..
|
|
New CPU Coooooler
Posted on Wednesday, November 16, 2005 at 11:04 p.m.

Salam, sudah lama tidak ketemu. Haha. Arini aku buat keja
paling bes, aku korek casing CPU aku.. Tgk pics sebelah nie. Before ngan After.
Pics Before tu casing dalam keadaan asal. Pics After lak casing atau side panel
aku yg dah dikorek dan dimasukkan kipas. Ahaks.. Atas tu plak aku letak switch
utk adjust putaran kipas 12cm tue.. :) Sejukkkkk
|
|
Radio/Tape to .mp3? How?
Posted on Wednesday, November 9, 2005 at 06:00 p.m.
1. Anda perlukan 1 mini-jack cable.
Kabel ini boleh diperolehi dari mana-mana kedai peralatan komputer,
elektronik dan pasaraya-pasaraya terkemuka. Anda juga boleh membuat
sendiri jack ini dengan membeli mini-jack dan wayar; kosnya dalam
lingkungan RM2.50.

2. Sambungkan mini-jack tersebut pada
'Line-In'. Kebiasannya terletak di bawah Microphone. Dalam rajah,
mini-jack berwarna hijau dan hujung sebelah diplugkan di 'Phone'/'Line
Out' pada radio atau player anda.

3. Buka sound editor; saya menggunakan
Nero Wave Editor. Klik pada butang 'Record' (berwarna merah) dan dialog
box seperti rajah akan terpapar. Anda boleh memilih setting untuk sound
yang akan direkodkan seperti Simple Rate dan Bit Depth.

4. Selepas itu, 'play' radio dan tekan
butang 'Record' (butang merah) dan nilai timer serta Input Level akan
bertambah.

5. Selesai, tekan butang 'OK' dan
proses rakaman selesai. Anda boleh mengubah efek atau 'volume'
menggunakan fungsi 'Effect' di menubar.

6. Klik Save As.. dan tukarkan 'Save as
type:' kepada mp3PRO (*.mp3)
|
|
Jamal Abdilah - Sepi Seorang Perindu
Posted on Monday, November 7, 2005 at 08:28 p.m.
Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku
Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata
Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta
Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu
Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti
# xter.pitas.com now with haloscan commenting system! =p
|
|
Cuti-cuti Malaysia
Posted on Sunday, November 6, 2005 at 11:23 p.m.
Rasa rugi plak bila xbawak kamera time p beraya. Kalau ada kamera, leh amik
gambaq pemandangan, gambaq kawan-kawan, gamaq awek-awek dan gamaq apa saja lah..
Bila la leh dapat kamera sebijik haa..??
Day 3
Hari raya ke-3 dimulakan dengan rumah Intan kat Alor Gonchar, Behor Temak. Lepas
tu, aku, Zaidi ngan Syed Nabil bergerak ke rumah Kak Ema; area Alor Gonchar jgak.
Kami makan bihun goreng kat sana. Kat sana ada Naqiuddin, Amiruddin, ngan 'Kechik'.
Time melepak tu, Munir dengan Mikus join kami kat umah Kak Ema. Lepas makan,
dalam pukui 12.30 gitu, kami ke Bintong untuk amik Faisal (Pacat). Dari Bintong,
kami meneruskan perjalanan ke Abi. Kat Abi, kami singgah ke rumah Fahmi (Jambu).
Lepak jap, kami ke MRSM Beseri sbb junior kami ada buat open house. On the way
ke sana, ada Polis plak buat road-block. Zaidi yang berlesen 'L' kelam kabut
tuang road-block tu. At last, kami berjaya lepas road-block tu. Dalam pukui 3,
aku ngan Faisal pun balik sbb Zaidi, Syed Nabil dan Fahmi nak p rumah Syed Nabil.
Bila sampai umah, Rino lak call suh p rumah dia. Rino, Amirin, Faidz (Cat),
Suhailah ngan Simaa baru balik dari umah Apih. Kat umah Rino, kami dijamu kek,
kuih & bihun + mi goreng. Lepas tu kami ke rumah Amirin lak, then depa mai umah
aku. Kat umah aku ada lebih 2 orang tetamu tambahan; Pok Sheh dgn Firdaus (Cipuit).
Time malam, aku lena dan buat kerja umah sikit. Hari raya ke-3 berakhir apabila
jam menunjukkan 12.00 tengah malam.
Day 4
Hari ke-4, Aku, Jad Boy, Faidz (Cat) pi umah De. Kami beraya-raya then ke Sg.
Mati, Ngulang. P makan kenduri kat umah member Jad. Dalam pukui 1, kami ke
Tambun Tulang amik Faizul untuk ke Alor Star katanya. On the way, memang xdak
masalah. Kami sampai kat Aloq Staq pukui 2 lebih. Ok lar, EX5 standart bleh p
Aloq Staq dalam 30 minit. Rupa-rupanya, bukan Aloq Staq, tapi Pendang. Seksa!
Dari Aloq Staq kami ke Pendang dalam keadaan ujan. Masa nak mai x hujan pun. Tp
time nak p Pendang tu ujan plak. Akhirnya kami sampai ke destinasi. Kampung Paya
Kechut, kat sebelah MRSM Pendang. Hulu rupanya MRSM nie, ingatkan kat tengah
pekan. Haha.. Jad nak ke rumah awek dia. Kalau raya ke-2 aritu awek ke A, B & C,
arini mesti lar ke D plak kan? Keh keh.. Sampai kat umah dia dkat pukui 3.30 dah.
Tuan rumah bagi kain pelikat sorang satu, pastu kami salin pakai kain. Dalam
pukui 4, tuan rumah hidang nasik kat kami. Memang rezeki la, sbb kami
masing-masing lapaq! Haha. Rezeki.. Rezeki.. Lepaih makan, kami berangkat balik.
Pukui 5 bertolak, pukui 7 kami sampai rumah. On the way, ada eksiden kat Jerlun.
Banyak kereta beratoq panjang. Tadik singgah sat umah tok, tok wan bagi pisang.
Pukui 9 bertolak balik, pastu singgah sat umah Cat, bg earphone dia. Sampai umah
pukui 10. Kena soal siasat, pastu kunci kena amik. Haha. Padan muka! Berjalan
sangat.. Xreti nak lekat kat rumah.. Hahah..
Duit Minyak
Day 3 - Xbuh minyak
Day 4 - RM 7.60
Tiada lagi adam + mak;ku..
|
|
Suasana Hari Raya
Posted on Saturday, November 5, 2005 at 12:46 a.m.
Salam, 1st of all aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Sorry sbb aku xbuat banner untuk tema Hari Raya nih.. Xdak masa + malas.. HeHe..
Meh kita bercerita tentang hari raya tahun nie. Tahun 2005 memang berbeza dari
thn 2004.
Day 1
Selesai solat sunat Hari Raya Aidilfitri kat Masjid Repoh, aku dan RC5277
berangkat ke rumah bekas pengasuh aku kat Taman Indera. Kat sana, aku makan
ketupat + nasik tomato. Agak terangkat masakan Cik Bedah aku tu. :) Dalam pukui
9 gitu, aku ngan adik aku menaiki RC5277 aku pi umah tok wan kat Tambun Tulang.
Agak bes sbb mlm tu aku dah pederas PDV5577 pak aku tu p umah tok wan ngan tok
aku kat Tambun Tulang ngan Banggol Sena. Setibanya di sana, aku pun makan-makan
sikit lalu memblahkan diri p rumah Zaidi kat Kampung Bohor Kudong, berhampiran
Simpang Empat. Zaidi, Firdaus, Pok Sheh + adiknya bersedia untuk memulakan
konvoi kami untuk meronda + beraya pusing Perlis. Memang besh! 1st destination -
Rumah Apex - haram xdak orang pon kat rumah. Gaya ajak p rumah, tp tuan rumah
xdak pon. 2nd - rumah Syed Nabil. Agak lama melepak kat sana, sbb nk tunggu que
makan nasik tomato. Lepas tu, kami berangkat ke rumah De kat Santan. Biasa lar,
bila balak jumpa awek, macam depa nak bersembang. Dalam pukui 4 gitu, aku ngan
Firdaus pun berangkat balik sbb Firdaus nak balik cepat. Turut join, Pok Sheh
dan adik dia. Pecut punya pecut, last-last dalam pukui 5 petang, kami selamat
sampai ke Simpang Empat. Alang-alang dah mai Simpang Empat, jumpa Mak;ku sat.
Seminit dua bersembang, aku antaq Firdaus balik kat Sungai Padang. Dari sungai
padang, aku 'runner' ke Banggol Sena. Sblm balik umah tok, aku singgah sat umah
Dato' Khairi, menyembang sat dengan Khalilah. Lepas tu, aku p umah tok aku dan
melepak ngan sepupu. Pastu runner p Pauh jap, beli ais dan melepak. Bila malam,
aku balik sorang-sorang naik moto, yang lain naik KBN5577. Habis cerita raya
pertama.
Day 2
Lepas mangkit dalam pukui 10 gitu, Jad Boy mai rumah.. Ajak p Beseri; nak p umah
Mamu dia katanya.. Ralik punya ralik, last-last pukui 11.45 baru kami bertolak p
Beseri. P Taman Beseri Indah dengan RC5277 aku tu jugak. Aku ada apply nak naik
PDV5577 pak aku tu, tp dia xbagi.. Lepas lepak sat, kami p umah member dia;
dalam taman tu jugak. Time org p semayang jumaat, kami p semayang kat Rumah Jaga
Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Tungku Sulaiman, Tunjong. Jad kata dia baik
dengan pak gad tu. Kami pun melepak la sampai pukui 2. Lepas pukui 2, Jad 'runner'balik
p umah dia sbb ada orang mai. Aku pun singgah umah sat. Tgk mak aku dok buat
laksa + ayam masak kicap sebab sepupu-sepupu aku nak serang mai rumah aku arini.
Dalam 2.30 tu, aku kuaq umah pastu p beli nasik bungkus kat kedai mamak. Lapaq
sangat sbb xmakan apa pun dari pagi tau.. Lepas tu aku runner p umah Jad dengan
RC5277 aku tu. Sampai sana, tgk2 Jad ajak makan nasik beriyani. Mak dia buat..
Lepak-lepak sat, aku ngan Jad 'runner' p area Santan. Jad p jumpa 'awek A' dia.
Pi saja, tp xtau rumah.. Lepas tu p umah 'awek B' kat Alor Sena. Singgah sat,
pastu aku jumpa Diyana ngan Athirah kat umah depa. Depa nak p umah Fatin. Paihtu,
aku p Balai Baru, gi umah Ika @ Sweetie^Azalea. Segak ah dia arini.. :p Kat sana
ramai dah dok melepak. Ada Cipun, Mikus, Mat Lin, Basher, dll. Dok sat dalam 10
minit, aku ngan Jad 'runner' p ladang tebu. Err.. Jauh journey ari nie. Dari
pukui 5 sampai pukui 7, aku ngan Jad melepak kat umah 'Awek C' dia. Er.. Pukui
7, time magrhib - orang p sembahyang - aku ngan Jad - RC5277 minyak
hampir-hampir 'E' - runnner balik dan Alhamdulillah kami sempat isi minyak kat
Shell Balai Baru. Er.. Dalam kejadian nak 'runner' balik tu - aku, Jad & RC5277
aku terjatuh ke dalam lopak - dgn speed 80km/j - betui2 depan simpang kaki bukit/abi
batas paip. Err.. berdarah tapak tangan.. Nasib time kami jatuh tu kereta kat
belakang bawak slow, kalau x??? Na'u zubillahimin za lik. Lepas antaq Jad balik
umah, aku pun sampai umah. Moto x teruk pun, orang aja teruk.. Huhu.. 8.30pm
tadi, kuaq jugak, p umah Cik Bibah kat Dato' Kayaman. Dalam sakit-sakit tu gigih
jugak nak p. HaHa. Lepak sat, dalam pukui 9, aku p Taman Kemajuan, p lepak kat
umah Jad.. Pastu pukui 10.45, balik umah, tgk Kuliah Cinta, pastu bukak PC,
pastu sampai sekarang dok menaip.. Gudnite!
Sesungguhnya, esok masih ada!
Watak
RC5277 - Moto Honda EX5
PDV5577 - Moto Honda Shadow
KBN5577 - Pick-up Nissan Frontier
Zaidi, Firdaus, Pok Sheh, Apek, Syed Nabil, De, Khalilah, Diyana, Athirah, Fatin,
Ika, Cipun, Mikus, Mat Lin, Basher - Kawan Sekolah
Mak;ku - ¢¾
Jad Boy - Member aku dari kecik
Kos Minyak
Day 1 - RM 7.00
Day 2 - RM 6.60
P/S - Sorry, no pics arr.. :(
|
|
Cinta Seorang Pemuda
Posted on Tuesday, November 1, 2005 at 10:04 p.m.
- Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul.
Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah,
tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh saling bantu-membantu di satu
hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.
- Saya suka sangat tengok rambut teman wanita saya. Cantik betul… Sungguh!
Sebab itu saya mahu rambutnya sentiasa di tutup macam dalam iklan dot dot dot
itu sampai bila-bila… Takut nanti di bakar dek api neraka di suatu hari yang
amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta.
- Saya suka sangat tengok body teman wanita saya… Solid betul.. Sungguh!
sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa ‘dating’ dengan kekasih dia Yang
Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang
dapat pahala... Syoknya...!
- Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tak tidur, tak makan
sebab rindukan saya.. Saya pun macam tu juga. Si dia tanya; “Apa ubatnya bang?”
saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa… Semoga dia cintakan-Nya lebih
daripada saya.
- Saya memang sayang sangat pada dia... Saya mahu jumpa dia, bersama dia,
cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di akhirat, ber'dating' di syurga,
kerana itulah tempat yang kekal selama-lamanya.
- Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah,
ampunkanlah kami. Semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya di syurga nanti…
Amin..
Diadaptasi daripada sumber Internet.
|
|
|
|
› Name: Adam Roeslani Roslan
› Location: Kangar, Perlis, Malaysia
› Race/Religion: Malay/Islam
› D.O.B.: 19 Mar 1989
›
E-mail:
xtertech@gmail.com
› Contact No.: 012-4879278
› Y! Msgngr: bluesfear7 
› MSN Msgngr: xtertech@hotmail.com
› Friendster: bluesfear7@yahoo.com |
|
online | 9999 hits
since 17/03/05 |
|
› IQBot
Bot mIRC yang boleh menjalankan kuiz dalam channel yang anda set. Mempunyai
pelbagai ciri-ciri kuiz yang menarik seperti pembahagian kumpulan, arahan yang
mudah dan sistem pertahanan untuk bot dan channel anda.
Download -
816KB › :aztech; extended
Skrip mIRC yang berupaya untuk memberi perlindungan kepada channel dan diri anda.
Mempunyai pelbagai add-on menarik seperti Mp3 Player, Text Style dan pelbagai
lagi.
Download -
336KB |
|
|
|