wah.. xter.tk akan bertukar wajah dari kaler putih kepada kaler kelabu.. huh.. banyak benda baru dimasukkan dan kebanyyakkan benda baru yang dimasukkan adalah diambil dari laman web rakan-rakan yang dilayari dan url akan dimasukkan sebagai penghargaan atas idea untuk design baru ni.. tak banyak yang dapat dilakukan pada sesuatu masa dan insyaallah akan dilakukan sedikit demi sedikt.. semoga perubahan pada laman web ini akan menarik banyak pengunjung. tetapi laman web ini hanyalah sekadar salah satu daripada ribuan laman web yang menyediakan design menarik untuk anda. tiada lain di sini selain blogging..
Posted on
02:36 p.m., Sunday, June 13, 2004
---------------------------------------
boring!!! haha.. bye.
Posted on
10:14 a.m., Saturday, June 5, 2004
---------------------------------------
hai! lama x blogging.. skg ni cuti pertengahan tahun.. rilex la dulu.. tp ada kelas tambahan.. ok la camtu, cuma minngu pertama ja. minggu ke-2 bleh la rilex2.. cadangan nak pi bukit ayaq, wat konvoi ramai2.. huhuh.. boring la. cadangan utk design baru dah ada.. siap dah reka layout..
Posted on
04:17 p.m., Sunday, May 30, 2004
---------------------------------------
m a s a l ah
problem? tak habis2 ngan masalah.. apa nak jadi ntah. minggu nih en zulkifli ngan pn naaimah mengadakan road-block utk menangkap pasangan/couple smk derma. aku sebagai salah seorang calon, rasa chuak gak.. tp rilex la, dah x salah nk takut watpa kan?? em.. persatuan babi laut skg ni tgh sebarkan cerita baru.. menuduh kat aku kata aku dok sebar yg skg ni diaorang dah xdak dara.. apa masalah depa ni? ah!! abaikan.. - finding for love and peace -
Posted on
11:26 p.m., Friday, April 30, 2004
---------------------------------------
erm.. arini jumaat. lama x blog. banyak kisah2 menarik yang berlaku sepanjang ketidak-blogging. kerja-kerja dakwah tetap diteruskan. moga-moga kerja ini mendapat keberkatan allah swt. inysallah..
nampaknya web ni ada problem skit. shoutbox web xter.tk dah bertindih ngan web redline95. sbb hosting brinkster dah xleh nk login, jadi kena buat pengumuman lah.
jadi apa2 pun, semoga pelawat akan sentiasa bergembira di laman web yang tidak seberapa ini. layari www.redline95.tk utk laman web tak rasmi band shizuka!
Posted on
11:44 p.m., Friday, April 23, 2004
---------------------------------------
Berpakaian Jarang diharam Cium Bau Syurga
MANUSIA memerlukan pakaian bagi membalut atau menutupi tubuhnya. Pakaian adalah
nikmat Allah yang penting kepada manusia.
Allah menyuruh manusia, khususnya umat Islam supaya memakai pakaian, seperti
firman-Nya bermaksud: "Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian yang indah apabila
pergi ke tempat ibadah, seperti mengerjakan sembahyang atau pun memasuki masjid,
makan dan minumlah, jangan melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka orang
yang melampaui batas."(Surah al-A'raaf, ayat 31).
Pada masa ini, ramai berpakaian bagi melambangkan personaliti dan melindungi
tubuh daripada cuaca panas atau sejuk.
Oleh kerana masa atau zaman berubah begitu pantas, maka rekaan dan corak pakaian
pun sentiasa bertukar dan semakin canggih. Oleh itu, tidak hairan jika hari ini
lahir pelbagai jenis rekaan pakaian yang tidak lagi mementingkan aspek akhlak
dan moral.
Islam sebenarnya tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian tertentu untuk
dipakai, baik ketika beribadah atau luar ibadah. Islam menetapkan pakaian itu
mesti menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.
Pakaian itu tidak menimbulkan kesan negatif terhadap pemakai dan yang
melihatnya.
Antara adab berpakaian yang diatur oleh Islam ialah:-
Hendaklah menutup aurat.
Aurat lelaki menurut ahli hukum Islam ialah daripada pusat hingga ke lutut.
Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan
dan tapak kakinya.
Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Hadis riwayat
Imam Bukhari).
Pakaian tidak jarang supaya tidak menampakkan tubuh.
Pakaian yang jarang menampakkan aurat dan tidak memenuhi syarat menutup aurat.
Pakaian jarang bukan saja menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang nafsu
orang yang melihatnya.
Nabi bersabda bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat
ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi
memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi
telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.
Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu
dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)
Pakailah pakaian yang tidak ketat supaya tidak kelihatan bentuk tubuh. Lagi
pun pakaian yang ketat menyusahkan pergerakan pemakainya.
Memakai pakaian yang tidak menimbulkan rasa sombong di hati pemakainya. Nabi
bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong,
Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat."
Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda bermaksud: "Barang siapa memakai
pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada
hari akhirat nanti." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'iy dan Ibnu Majah)
Tidak menyerupai pakaian golongan bukan Islam kerana dibimbangi orang Islam
akan meninggalkan keperibadian Muslim sendiri.
Nabi bersabda bermaksud: "Sesiapa meniru atau menyerupai sesuatu kaum, maka dia
termasuk dalam golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)
Pakaian lelaki mesti berbeza daripada pakaian wanita. Maksudnya, pakaian yang
khusus untuk kaum lelaki tidak boleh dipakai oleh kaum wanita, begitu juga
sebaliknya.
Rasulullah mengingatkan hal ini dengan keras menerusi sabdanya bermaksud: "Allah
mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru
pakaian dan sikap perempuan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Nabi juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan
wanita berpakaian lelaki." (Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim).
Pakaian lelaki tidak boleh diperbuat daripada sutera kerana diharamkan kaum
lelaki memakai sutera.
Nabi bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang
memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Hadis riwayat Muttafaq
'alaih)
Muslimah perlu melabuhkan pakaian hingga menutupi kaki. Pakailah tudung/mini
telekung yang sesuai bagi menutupi kepala/rambut, tengkuk, leher dan dada.
Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan
anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka
menghulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya
mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah
adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)
Memilih pakaian berwarna putih kerana ia adalah yang terbaik untuk dipakai.
Putih adalah warna yang sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah.
Ia juga melambangkan kesucian.
Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih suci dan
lebih baik, dan kafankan mayat-mayat kamu dengannya." (Hadis riwayat An-Nasa'iy
dan Al-Hakim).
Berdasarkan berita yang sahih, baginda memakai baju hijau dan serban hitam.
Hijau adalah warna kesukaan Nabi.
Lelaki Islam tidak dibolehkan memakai cincin emas. Nabi bersabda bermaksud:
"Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada
wanita."
Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan. Apabila
menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri. Rasulullah bersabda bermaksud:
"Apabila seseorang memakai kasut, mulakanlah dengan sebelah kanan, dan apabila
menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang
pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Hadis riwayat Imam
Muslim)
Apabila memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakanlah juga dengan sebelah
kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah
suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki
dan bersuci."
Apabila memakai pakaian yang baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan
oleh Abu Daud dan At-Tarmizi (bermaksud): "Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau
yang memakaikannya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang
dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan
kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya, Demikian itu telah datang daripada
Rasulullah."
Berdoa setiap kali memakai dan menanggalkan pakaian supaya memperoleh
keberkatan. Ketika memakai pakaian, lafazkanlah: "Pujian kepada Allah yang
mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri
dalam kehidupanku, Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia."
Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai
menurut tuntutan agamanya. Sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat
adalah imej seorang Muslim.
Posted on
12:10 p.m., Sunday, April 18, 2004
---------------------------------------
marilah mengundi.. happy school holiday.
Posted on
04:41 p.m., Saturday, March 13, 2004
---------------------------------------
em. exam dah abih cuma dok tunggu result kuaq ja.. setakat nih dah ada 1b, 1c, 1d.. wahaha.. cemna bley dapat d eh? rilex ar.. ntah apa2.. /quit
Posted on
05:10 p.m., Saturday, March 6, 2004
---------------------------------------
em.. minggu nih minggu exam kena banyak study dan xleh main banyak-banyak. kalau takat nk blog tuh bley kot.. sambil2 chat bley la blog.. chao.. Target 8A!! :p
Posted on
03:03 p.m., Tuesday, March 2, 2004
---------------------------------------
Some jokes for my visitor.. wait for more jokes..
MENJERIT BERSAMA
Lima orang budak sedang bermain ditepi sungai.. tiba-tiba salah
seorang dari mereka terjatuh kedalam sungai sedangkan mereka semua
tidak pandai berenang.. Lalu salah seorang dari budak-budak itu
menjerit.."Tolong, Tolong" Disebabkan jeritan itu sangat perlahan dan
tidak didengari oleh
orang lain.. lalu salah seorang budak lain berkata.."Mungkin lebih
baik kalau kita semua menjerit "Bersama" "Ya.. Idea yang sangat bagus"
jawab rakannya yang lain.. dan mereka semua mula menjerit "Bersama !
Bersama!"
BAYI JEPUN
Herman: "Saya dengar anda suami-isteri sedang mengikuti kursus bahasa
Jepun.. kenapa?"
Jamri : "Kami baru sahaja mengambil seorang bayi Jepun yang berusia
sebulan itu dari rumah anak yatim sebagai anak angkat kami... Jadi
kami bimbang bila sudah besar nanti dia akan bercakap dalam bahasa
Jepun dengan kami"
MENU RESTORAN ITALI
Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang
sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi
demi mengambil hati teman wanitanya.. dia memberanikan diri untuk
makan di restoran itu... Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang
disajikan.. si lelaki mengambil menu... Kerana bingung melihat
nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih sembarangan... "Waiter..
bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata lelaki
tadi.. "Maaf.. encik" jawab waiter "Itu nama pemilik restoran ini"
Posted on
12:54 a.m., Saturday, February 21, 2004
---------------------------------------
uh! ngantuk gila.. petang² camni kalau tidur best ar.. tp japgi ada tuisyen lak.. tuh yg boring.. kemarin aku kena ingaq ngan pak aku.. padan muka.. sapa suh main internet lama².. dah la tu bil naik sampai RM188 (gayut + internet) hohoh.. nih pon usaha mai cc.. kalo kat umah tobat xleh nak masuk internet.. ni pon mai cc sbb nk bg CD ragnarok kat aashvinder.. kalo dak, jgn arap aku nai mai cc, pastu dok buat giat blog natang nih semua.. haha.. cam b***h ja cc nih.. semak pala.. chao.. aDam LoVe fAtiN
Posted on
03:17 p.m., Sunday, February 15, 2004
---------------------------------------
ramai budak-budak jiwang yang sangat meminati lagu nyanyian Glenn Fredly. Malah bukan perempuan sahaja, tetapi turut diminati oleh lelaki. Jadi, di sini aku sediakan lirik serta links utk mendengar lagu yang amat popular ini..
Glenn Fredly - Januari
berat bebanku.. meninggalkanmu
separuh nafas jiwaku.... sirna
bukan salahmu.....apa dayaku
mungkin benar cinta sejati tak berpihak.. pada kita
kasihku.. sampai disini kisah kita
jangan tangisi keadaannya
bukan karena kita berbeda
dengarkan dengarkan lagu... lagu ini
melodi rintihan hati ini
kisah kita berakhir di januari
selamat tinggal kisah sejatiku
oh..... pergilah..........
kasihku.. sampai disini kisah kita
jangan tangisi keadaannya
bukan karena kita berbeda
dengarkan dengarkan lagu... lagu ini
melodi rintihan hati ini
kisah kita berakhir di januari
klik sini untuk mendengar.
Posted on
12:21 p.m., Friday, February 13, 2004
---------------------------------------
huh!
ergh! arini ada merentas desa utk bebudak smkd.. penat gila.. nih dok tengah letih lagik.. jauh gak jarak larian dia.. dekat-dekat 5 km... hoho.. klia wo.. dah la kena masuk jalan kampung.. bistu.. pusing stadium lak.. haha. bye..
Posted on
12:00 p.m., Friday, February 13, 2004
---------------------------------------